Mood nk updated blog tetiba dtg al-maklum la aku bkn jenis yg terror psl blog so ckit2 boleh la xde la chanteq2 cam blog org lain...Yg penting aku puas dan bebas meluahkan apa yg aku suka...hehe (melalut lak)..berbalik pada treatment aku pada 1st appointment tu aku review all my history berkaitan 2x keguguran & doc amik sample dinding rahim utk "Pap Smear" then investigated about myself n hubby dari aspek kesihatan, family history etc...Langkah pertama doc bagi form utk amik darah time period (day 2 & day 21) then form utk hubby dermakan sample utk ujian sperm...so far kitorg berjaya memberikan komitmen utk tujuan yang satu "getting me preggy again"...(thanks hubby). On 28 Jan 2012 our second appointment utk review my result darah n hubby sperm. For hubby side so far alhamdulillah perfect but my side, sampel darah yang diambil tidak cukup utk buat analisis yg doc dh hightlight so tunggu cycle yang seterusnya utk dermakan darah lg..Aku bebas dari kanser serviks & segala virus yg jd penyebab kandungan ke2 aku gugur dulu pon dh negatif. Doc bg tarikh appointment pada 22 Feb 2012 then doc bg 2 cycle clomid (Clomiphene Citrate 50mg) yg perlu dimkn pada day 2-6. Manakala pada hari ke-10 aku kena pergi Medically Assisted Conception Centre (MAC-Hukm) utk follicular tracky (scan ovum) pastu pegawai/ doc kat ctu akan trace saiz ovum utk bg injection ovidrel. Lepas 36 jam injection tu kena bersama berselang tp cycle pertama n kedua xde rezeki aku ngan hubby gak. Appointment pada 21 Mac 2012 xtau lak ape step seterusnya. Aku cam give up n frust gak bile x preggy tp hubby jd semangat aku utk terus berjuang selagi termampu. Semua yg aku buat x kira sakit @ tak just utk mendapatkan zuriat dan yang paling bermakna menghadiahkan kehadiran si kecil utk hubby. Tak lengkap kehidupan seorang isteri sekiranya kekurangan utk bergelar seorang ibu. Tak cukup dengan kekurangan yang satu ditambah pulak dengan sindiran daripada mulut2 manusia yang x merasai  kesakitan yang aku tanggung. Secara logik ada ker pasangan kat dunia nie yang berkahwin tanpa mahu memiliki zuriat sendiri, jika ade sekali pon berapa kerat sgt lah!!! Sesungguhnya aku manusia biasa yang punya hati dan perasaan....Ya Allah!! aku memohon kepadaMu berikan aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini...AMIN....